BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, 8 August 2012

islam di asia tenggara

( 1 ) Kedatangan Islam di Asia Tenggara.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiVO2wPL0Tv6INYO8lCRnEScA9UocICZCvqrCq0La7qdSfeLP4Mq_w1_i9VyqfBL-3QxgqAU-Lrhs8zN8KHaPtZyMgc_ycIlXhqk0CbcXmmm7oJXzgpGpKyM7_DLwwe4zKiLeyBJ07J4l0/s1600-r/petaislm.gif
a) Latar belakang kedatangan Islam ke Asia Tenggara.
1. Sebelum kemunculan Islam Di Makkah – Asia Tenggara telah menjadi pusat perdagangan utama pedagang Melayu, Arab, China, India.
2. Asia Tenggara kaya dengan hasil hutan,pertanian, logam yang diperlukan pedagang barat dn timur.
3. Apabila Islam berkembang di Makkah, pedagang Islam terus berdagang dan berdakwah di Asia Tenggara.
b) Teori kedatangan Islam ke Asia Tenggara dari Arab.
http://teosophy.files.wordpress.com/2010/02/biruni.jpg
1. Dikemukakan oleh John Crawford disokong oleh Syed Muhammad Naquib al-Attas.
2. Menurut John Crawford – Islam datang dari Arab melalui pedagang.
3. Buktinya catatan China mengatakan orang Arab dan Parsi telah mempunyai pusat perniagaan di Canton sejak tahun 300 M. Pedagang Arab yang ke China singgah di pelabuhan Asia Tenggara khasnya di Selat Melaka kerana kedudukannya strategik.
4. Pedagang Arab ini tinggal beberapa bulan di Asia Tenggara dan ada yang menetap serta membina perkampungan Arab.
5. Perkampungan ini juga menjadi tapak untuk berdagang.
6. Ada juga pedagang Arab yang berkahwin dengan wanita tempatan dan menyebarkan Islam.
7. Masa menunggu angin monsun pula digunakan oleh pedagang Arab untuk mengembangkan Islam.
8. Penduduk tempatan juga turut terpikat dengan kejujuran dan menjaga kebersihan para pedagang Islam.
9. Menurut catatan China – wujud petempatan Arab di Sumatera Utara iaitu di Ta Shih.
10. Menurut Syed Naquib – wujud persamaan penulisan dan kesusasteraan Asia Tenggara dan Arab, perkataan jawi diambil daripada bahasa Arab, budaya dan muzik pengaruh arab dabus dan tarian Zapin.
11. Menurut Syed Naquib, banyak karya tempatan menceritakan pengislaman raja tempatan oleh syeikh dari Tanah Arab contohnya hikayat Raja-raja Pasai mengatakan Raja Malik diislamkan oleh ahli sufi dari Arab iaitu Syeikh Ismail.
c) Teori kedatangan Islam ke Asia Tenggara dari China.
http://ayahaan.files.wordpress.com/2009/05/muslim-china1.jpg?w=500&h=354
1. Dikemukakan oleh E.G Eredia dan S.Q. Fatimi.
2. Menurut Eredia, Canton pernah menjadi pusat perniagaan pedaganf Arab hingga pedagang China memeluk Islam.
3. Pedagang China Islam ini kemudiannya berdagang di Asia tenggara disamping menyebarkan Islam.
4. Menurut Fatimi pula, pedagang China Canton pernah berpindah beramai –ramai ke Asia Tenggara.
5. Bukti kedatangan Islam dari China ini boleh dilihat pada Batu Bersurat Terengganu, batu nisan yang mempunyai ayat al-Quran di Pekan, Pahang.
6. Wujud persamaan antara seni bina China dengan seni bina masjid di Kelantan, Melaka dan Jawa seperti bumbung pagoda, atap genting China.
d) Teori kedatangan Islam ke Asia Tenggara dari India.
http://www.eramuslim.com/fckfiles/image/dunia/allamamuhammadiqbal.jpg
1. Dikemukakan oleh S.Hurgronje – Islam datang dari Gujerat dan pantai Koromandel.
2. Hubungan dagang dengan India telah wujud lama – memberi peluang pedagang Islam India menyebarkan Islam.
3. Terdapat batu marmar pada batu nisan mempunyai cirri buatan India – contohnya di batu nisan Raja Malik Pasai.
4. Unsur budaya India amat rapat sejak sebelum Islam – budaya Hindu.
(2) Cara – cara kedatangan Islam ke Asia Tenggara.
a) Perdagangan.
1. Pedagang dari Arab, China dan India telah lama menjalin hubungan di pelabuahn Asia Tenggara seperti di Selat Melaka, Kepulauan Rempah.
2. Sikap dan tingkahlaku baik pedagang Islam ini menjadi ikutan penduduk setempat.
3. Setengah pedagang luar ini membawa ulama bersama mereka untuk berdakwah di pelabuhan.
4. Sifat mahmudah (sopan-santun, ikhlas, lemah-lembut) pedagang Islam menarik minat orang tempatan.
5. Pedagang Islam juga mempunyai hubungan baik dengan pemerintah tempatan hingga diberi keistimewaan. Ada diantara mereka dianugerah jawtan syahbandar , syahbandar inilah yang turut menyebarkan Islam.
b) Perkahwinan.
1. Perkahwinan siasah – berlaku di kalangan kerabar diraja. Di Melaka, Sultan Mansur Syah dan Muzafar Syah mengahwinkan puteri mereka dengan Raja Siak, Kampar, Jambi. Kemudiannya negeri ini akan diislamkan oleh Melaka.
2. Perkahwinan biasa – berlaku antara ulama atau pedagang Islam dari India atau Arab dengan orang tempatan. Maka islam tersebar dikalangan keluarga dan masyarakat orang yang dikahwini itu.
c) Pengislaman raja dan golongan bangsawan.
1. Apabila raja memeluk Islam, ia akan diikuti oleh rakyat kerana mereka sangat taat kepada raja.
2. Pengislaman Megat Iskandar Syah Melaka contohnya, diikuti oleh pengislaman keluarga diraja, pembesar dan rakyat Melaka.
3. Di Pasai pengislaman Raja Malik menjadkan Sialm cepat berkembang dan Pasai menjadi kerajaan yang kuat.
d) Kelahiran kerajaan Islam.
1. Kerajaan Islam terawal – kerajaan Perlak, Samudera-Pasai.
2. Melaka – Tun Perak memperluaskan kuasa dan kemudiannya mengislamkan kawasan seperti Aru, Rokan, Siak.
3. Johor-Riau – kerajaan ini berusaha menawan semula Melaka bagi mengelakkan Portugis yang menawan Melaka menjadi pusat penyebaran agama Kristian di alam Melayu.
4. Demak – selepas menawan Majapahit, kerajaan ini telah menyebarkan Islam ke seluruh Jawa. Usaha ini diikuti juga oleh kerajaan Islam di Jawa seperti Pajang dan Mataram.
5. Acheh – Sultan Iskandar Muda menjadikan Acheh kerajaan yang kaut dan penyekat penyebaran agama Kristian. Acheh menaungi negeri – negeri kecil di Sumatera Utara dan menawan beberapa negeri di Tanah Melayu untuk menghalang penyebaran Kristian. Kerajaan ini digelar Serambi Makkah kerana orang Islam Asa Tenggara yang ingin menunaikan haji ke Makkah akan singgah di sini dahulu.
6. Pattani – Raja Phaya Sultan Mahmud Syah. Ramai pedagang dan pendakwah Arab dan Parsi datang ke sini. Penyebaran ke seluruh Pattani dilakukan oleh Sultan Mudzaffar Syah.
7. Brunei – Catatan China mengatakan Brunei ( pusat perdagangan Borneo ) pernah menghantar pembesarnya Pu Ali ke China. Pendakwah iaitu Syariff Ali ( dikatakan keturunan Nabi Muhammad s.a.w ) pernah menyebarkan Islam di sini. Kesan pengislaman Brunei wilayah sekitar seperti Sulu dan Mindanao turut diislamkan.
8. Champa – bukti kedatangan Islam ke sini ada pada batu nisan dan prasasti yang mencatatkan ayarat pembayaran cukai dan hutang.
e) Peranan pusat kebudayaan.
1. Pusat kebudayaan bertindak sebagai pusat keilmuan dan penyebaran Islam seperti di Perak, Riau, Acheh. Di sini ramai cerdik pandai dan banyak institusi pendidikan.
2. Samudera –Pasai – menjadi pusat penterjemahan di Kepulauan Melayu, kitab Arab, telah diterjemah ke bahasa Melayu. Sultan Mansur Melaka pernah mengirim kitab al – Dur al- Manzum untuk diterjemah di sini. Sultan Mahmud Melaka pula pernah merujuk masalah agama kepada pakar di sini.
3. Melaka – banyak karya sastera pengaruh Arab ditulis seperti Hikayat Amir Hamzah, Hikayat Nabi Bercukur.
4. Acheh – syair dihasilkan untuk menghayati Islam seperti Hamzah al – Fansuri, Abdul Rauf Singkel.
5. Johor-Riau – hasil sastera yang ditulis seperti Tuhfat al-Nasif dan Peringatan Sejarah Johor.
f) Peranan Mubaligh.
1. Mubaligh atau pendakwah, ulama, ahli sufi berperanan secara langsung menyebarkan Islam.
2. Mubaligh terawal seperti Syeikh Ismail, Fakir Muhammad.
3. Di Pasai – Syarif Amir, di Melaka – Syeikh Abdul Aziz.
4. Mubaligh berperibadi jujur dan lemah lembut dalam menyebarkan Islam.
5. Di Melaka – ulama mengajar pada mulanya secara tidak formal, kemudian secara formal. Tempat mengajar di masjid, istana, rumah. Kemudiannya di pondok, pesantren.
6. Di Acheh – pondik dikenali sebagai dayah, muncul ulama tempatan seperti Hamzah al-Fansuri. Ulama di sini menjadi penasihat raja.
7. Di Jawa – Wali Songo menjadikan Demak sebagai pusat pegerakan dakwah Islamiah. Mereka membina Masjid Agung Demak yang menjadi markas dakwah Islamiah.
g) Keistimewaan Islam.
1. Kemurnian Islam merangkumi semua bidang termasuk konsep Tuhan Yang Maha Esa, keadilan, hak individu dan masyarkat dan kebahagiaan hidup dunia akhirat.
2. Agama Islam menuntut manusia berfikir secara rasional dan mudah diterima penduduk Asia Tenggara.
(3) Pengaruh Islam di Asia Tenggara.
a) Pemerintahan dan pentadbiran
1. Institusi beraja diubahsuai menjadi institusi kesultanan (warisan kerajaan Abbasiyah dan Turki Uthmaniyah).
2. Sultan menjadi ketua negara, mufti menjadi penasihat sultan. Wujud juga pegawai seperti kadi, khatib, bilal.
3. Gelaran sultan meletakkan raja setaraf dengan kerajaan Islam yang lain.
4. Dalam Hukum Kanun Melaka – raja digelar Khalifatul Mukminin (pemimpim orang mukmin), perkataan ini tercatat dalam wang syiling kerajaan melayu.
5. Gelaran Zillulah fil’Alam (bayangan Allah di dalam alam) turut digunakan oleh raja Melaka.
6. Islam menjadi agama rasmi – kerajaan Melaka, Acheh.
7. Contoh sultan yang berpegang teguh kepada Islam – Sultan Malik (Samudera Pasai), Sultan Iskandar Thani (Acheh).
8. Nama nama Islam digunakan seperti Acheh Darus Salam (negeri), Sultan Mahmud Syah beerti sultan terpuji.
9. Undang – undang syariah yang diperkenalkan seperti kes jenayah, harta pusaka. Ia termaktub dalam Hukum Kanun Melaka di Melaka dan Kanun Mahkota Alam di Belanda.
10. Semangat jihad menentang penjajah telah diterapkan – contohnya di Acheh menetang Portugis, di Jawa menentang Portugis dan Belanda.
11. Semanagat jihad ini disebarkan melalui tulisan ulama seperti Syeikh Nurudin dan Abdul Rauf Singkel.
12. Di Pattani Syeikh Daud menulis tentang penentangan terhadap Siam.
b) Sistem pendidikan.
1. Sebelum Islam pendidikan hanya untuk bangsawan.
2. Dalam Islam pendidikan wajib kepada semua orang Islam.
3. Kesannya wujud institusi formal seperti pondok, istana, pesantren, madrasah dan surau.
4. Pusat pendidikan terawal di Perlak disebut dayah atau pondik, contohnya Dayah Bukit Ce Breek, Perlak.
5. Samudera-Pasai menjadi pusat penterjemahan karya agama.
6. Pendidikan pondik berkembang ke Pattani, Acheh, Jawa.
7. Di Patani – penuntut pondok termasuk pelajar negeri lain.
8. Di Melaka – tiada pondok, pelajar menuntut di rumah ulama, masjid, surau dan istana.
9. Di Acheh – sistem pendidikan lebih sistematik, terdapat peringkat rendah (rangkang), menengah (muenasah) dan tinggi atau univesiti (Jamiah Bait al-Rahman). Pelajarnya meliputi pelajar luar Acheh. Di Acheh wanita digalakkan belajar di dayah dan memegang jawatan pentadbiran.
c) Bahasa dan kesusteraan.
1. Tulisan jawi berasal darpadatulisan Arab (al-Quran) yang diubahsuai dengan perkataan Melayu.
2. Tulisan ini menjadi tulisan rasmi menggantikan tulisan Palava Dewanagari ( tulisan zaman Hindu Buddha ).
3. Istilah Arab digunakan dalam tulisan jawi bahasa Melayu seperti sultan, syuur, masjid, alam.
4. Melalui tulisan jawi lahir penulis seperti Tun Sri Lanang.
5. Bahasa Melayu juga menjadi bahasa lingua – franca di Kepulauan Melayu, ia menjadi bahasa pedagang timur dan barat.
6. Bahasa Melayu menjadi bahasa ilmu – seperti cerita panji, sastera pengaruh Arab, sastera seperti syair, guridam.
d) Cara hidup.
1. Sebelum Islam – cara hidup Anismisme, Hindu dan Buddha.
2. Kedatangan Islam maka cara hidup Islam diasimilasikan seperti bertudung dan bersongkok.
3. Islam dijadikan ‘ad – din ‘ iaitu cara hidup lengkap dan menyeluruh.
4. Kedatangan Islam turut mengubah sistem sosial seperti konsep persaudaraan, persamaan, tolong – menolong dan gotong – royong.
e) Kesenian.
1. Kesenian Islam contohnya seni khat, seni bina, seni ukir.
2. Seni khat ada pada batu nisan ( tulisan ayat al – Quran ), ukiran kayu, bilah mata keris, batu bersurat ( Terengganu ).
3. Makam di Pasai mempunyai pengaruh Parsi ( syair Parsi ).
4. Terdapat juga seni khat yang bertatahkan emas, perak.
5. Unsur seni kaligrafi turut mengambil contoh huruf Arab, ayat al – Quran dan tulisan jawi.
6. Seni Islam ini juga dicantumkan dengan unsure tumbuhan.
7. Pengaruh seni bina Islam boleh juga dilihat pada bentuk masjid, kubah, mimbar, mihrab dan menara azan seperti masjid Ubaidiyah Kuala Kangsar.
f) Ekonomi.
1. Baitulmal diperkenalkan di Acheh oleh Sultan Iskandar Muda yang berfungsi sebagai perbendaharaan negara ( hasilnya diperoleh daripada zakat dan sedekah ).
2. Islam menggalakkan umatnya mencari rezeki halal dan melarang mengemis.
3. Berdagang ekonomi yang halal digalakkan.
4. Perkara dilarang seperti riba, penindasan.
5. Islam juga menyarankan sikap berjimat cermat.

Friday, 3 August 2012

Perang yang terawal di dunia - Perang Megiddo

Perang yang terawal di dunia - Perang Megiddo
Perang Megiddo adalah perang pertama yang telah direkodkan secara terperinci dalam sejarah dan untuk generasi akan datang. Penulis tentera Firaun Thutmose III menulis dalam hieroglif di kuil Thutmose di Karnak, Thebes (kini Luxor). Bukan hanya ia yang pertama wujud, penerangan pertempuran yang terperinci, tetapi ia adalah rujukan pertama yang ditulis kepada Megiddo yang penting pada keagamaan: Megiddo juga dikenali sebagai Armageddon.

Megiddo adalah sebuah lembah di Israel berdekatan kota moden Megiddo, tempat yang diketahui dari aspek teologi, sejarah dan geografi. Nama alternatif kepada Tel Megiddo adalah Tell al-Mutesellim (Arab). 
Dari segi sejarah, Megiddo merupakan bandar penting kerana ia adalah laluan perdagangan dari Mesir melalui Syria ke Mesopotamia. Jika musuh Mesir yang mengawal Megiddo, ia boleh menyekat firaun daripada sampai ke seluruh empayar.
Dalam kira-kira tahun 1479 SM, Thutmose III, firaun Mesir, mengetuai ekspedisi menyerang putera Kadesh yang berada di Megiddo.
Putera Kadesh (yang berada di Sungai Orontes), disokong oleh raja Mitanni, bergabung dengan ketua-ketua bandar-bandar orang suruhan Mesir utara Palestin dan Syria. Kadesh adalah yang bertanggungjawab. Selepas membentuk gabungan itu, bandar-bandar itu secara terbuka memberontak terhadap Mesir. Sebagai tindak balas, Thutmose III menyerang.
Pada tahun ke-23 pemerintahannya, Thutmose III pergi ke dataran Megiddo di mana putera Kadesh dan sekutu Syria bertempat. Orang-orang Mesir berarak ke tebing Tasik Kaina [Kina], selatan Megiddo.
Mereka membuat Megiddo sebagai pengkalan tentera mereka. Untuk menghadapi tentera, firaun menerajui dari depan, dengan berani dan megah dalam kereta kudanya. Dia berdiri di tengah-tengah antara kedua-dua sayap tenteranya. Sayap selatan pada tebing-tebing Kaina dan sayap utara barat laut bandar Megiddo.
Runtuhan di Tel Megiddo
Runtuhan di Tel Megiddo
Gabungan orang-orang Asia menyekat jalan Thutmose. Thutmose menyerang. Musuh dengan cepat memberi laluan, melarikan diri dari kereta kuda mereka, dan berlari ke kubu Megiddo di mana rakan-rakan mereka menarik mereka ke atas tembok untuk keselamatan. (Ingat, ini semua dari perspektif penulis Mesir yang menulis untuk mengagungkan firaun.) Putera Kadesh melarikan diri dari kawasan itu.
Orang-orang Mesir sudah dapat meneruskan ke Lubnan untuk berurusan dengan pemberontak lain, tetapi sebaliknya tinggal di luar tembok di Megiddo demi rampasan. Apa yang mereka telah ambil dari medan perang mungkin menimbulkan selera makan mereka. Di luar, di dataran, terdapat banyak untuk dicari, tetapi orang dalam kubu tidak bersedia pada pengepungan.
Selepas beberapa minggu, mereka menyerah kalah. Maka ketua-ketua negara jiran, tidak termasuk putera Kadesh yang telah melarikan diri selepas pertempuran, menyerah diri kepada Thutmose, menawarkan barang-barang berharga, termasuk anak-anak bangsawan sebagai tebusan.
Tentera Mesir memasuki kubu di Megiddo untuk merampas. Mereka mengambil hampir seribu kereta kuda, termasuk putera, lebih daripada 2,000 ekor kuda, beribu-ribu haiwan lain, berjuta-juta busyel gandum, longgokan perisai, dan beribu-ribu orang tawanan. Orang-orang Mesir itu kemudiannya pergi ke utara di mana mereka menawan 3 kubu Lubnan iaitu Inunamu, Anaugas, dan Hurankal.
3 peperangan terkenal di Megiddo sebelum ini
1 - Perang Megiddo (abad ke 15 SM): Peperangan antara pasukan Firaun Mesir, iaitu Thutmose III dengan Rakyat Kanaan yang dipimpin oleh penguasa Megiddo dan Kadesh: ini adalah dokumentasi peperangan pertama yang terakam dalam sejarah.
2- Perang Megiddo (609 SM): Peperangan antara Mesir Kuno dengan Kerajaan Yudea, di mana Raja Yosias tewas.
3 - Perang Megiddo (1918): Peperangan ketika Perang Dunia I antara sekutu, dipimpin oleh Jeneral Edmund Henry Hynman Allenby, dengan pasukan Ottoman.
Perang terawal dan perang terakhir
Nampak gayanya seperti telah ditakdirkan, bahawa Megiddo akan menjadi tempat yang berlaku perang yang terawal dan juga perang yang terakhir. Berdasarkan beberapa terjemahan dari Alkitab, tempat ini adalah tempat terjadinya Armageddon (Berasal dari nama tempat dalam bahasa Ibrani) atau tempat perang terakhir antara Al-Masih Nabi Isa a.s @ Yesus Kristus melawan Dajjal atau Anti-Kristus pada akhir zaman.
Rujukan:
1 - A History of the Ancient Egyptians, by James Henry Breasted. New York: 1908. Charles Scribner's Sons.
2 - Ancient Records of Egypt: Historical Documents Volume II The Eighteenth Dynasty, by James Henry Breasted. Chicago: 1906. The University of Chicago Press.
3 - Hatchepsut: The Female Pharaoh, by Joyce A. Tyldesley
4 - History of Egypt, Chaldea, Syria, Babylonia, and Assyria, Vol. IV. by G. Maspero. London: Grolier Society: 1903-1904.
5 - "A Gate Inscription from Karnak and Egyptian Involvement in Western Asia during the Early 18th Dynasty," by Donald B. Redford. Journal of the American Oriental Society, Vol. 99, No. 2. (Apr. - Jun., 1979), pp. 270-287.
6 - "The Battle of Megiddo," by R. O. Faulkner. The Journal of Egyptian Archaeology, Vol. 28. (Dec., 1942), pp. 2-15.
7 - "The Egyptian Empire in Palestine: A Reassessment," by James M. Weinstein. Bulletin of the American Schools of Oriental Research, No. 241. (Winter, 1981), pp. 1-28.
8 - http://www.bibarch.com/ArchaeologicalSites/Megiddo.htm
9 - http://ancienthistory.about.com/od/egyptmilitary/qt/070607Megiddo.htm
10 - http://id.wikipedia.org/wiki/Tel_Megiddo

Sunday, 29 July 2012

Bapa Sejarah Kebudayaan dan Sains Sosial Moden

Tokoh Abd Al-Rahman Ibn Muhammad Ibn Khaldun (عبد الرحمن بن محمد بن خلدون الحضرمي) ataupun lebih dikenali dengan Ibn Khaldun merupakan salah seorang pakar sains Islam yang hidup antara tahun 1332 - 1395.
Nama penuhnya adalah Abd al-Rahman ibn Muhammad ibn Muhammad ibn Abi Bakr Muhammad ibn al-Hasan Ibn Khaldun lahir pada 27 Mei 1332 di Tunisia dan meninggal 17 Mac 1406 di Kaherah, Mesir.
Keluarga Ibn Khaldun merupakan orang berada yang memberikan pendidikan terbaik kepadanya. Ibn Khaldun merupakan salah seorang pakar sejarah Arab teragung, juga dikenali sebagai bapa kepada sejarah kebudayaan dan sains sosial moden. Ibn Khaldun turut mengembangkan falsafah tidak berasaskan keagamaan paling awal, terkandung dalam karyanya Muqaddimah (Pengenalan). Ibn Khaldun juga menulis sejarah Muslim di Afrika Utara yang terulung.
Ibn Khaldun menjawat beberapa jawatan di bawah pemerintah Tinisia dan Morocco dan pada tahun 1363 bertindak sebagai duta raja Moor di Granada, kepada Pedro Kejam Castile "the Cruel of Castile".
Ibn Khaldun belayar ke Alexandria pada Oktober 1382, dimana beliau menghabiskan riwayatnya sebagai guru dan pensyarah di Al-Azhar dan universiti lain. Ibn Khaldun juga pernah dilantik sebagai Hakim Diraja oleh Sultan Abul Abbas, Cairo dan mengerjakan haji pada 1387.
Ibn Khaldun menyertai orang-orang Mesir dalam kempen mereka memerangi Tamerlane, pemerintah Mongol, dan bertanggung jawab mengatur penyerahan diri bandar Damsyik semasa ketiadaan Sultan Faraj.
Karya teragungnya iaitu Muqaddimah bermula sebagai penulisan mengenai sejarah orang-orang Arab dan Barber, tetapi mengandungi pendekatan saintifik mengenai pemahaman sejarah, politik, dan ekonomi. Ibn Khaldun juga mempercayai bahawa perkara yang di kurniakan Allah boleh dibuktikan secara empirikal.
Ibn Khaldun juga memajukan konsep ekonomi, perdagangan dan kebebasan. Ibn Khaldun membangunkan idea bahawa tugas kerajaan hanya terhad kepada mempertahankan rakyatnya dari keganasan, melindungi harta persendirian, menghalang penipuan dalam perdagangan, mencetak dan menguruskan penghasilan wang, dan melaksanakan kepimpinan politik bijaksana dengan perpaduan sosial dan kuasa tanpa paksaan.
Dalam segi ekonomi, Ibn Khaldun memajukan teori nilai dan hubungkaitnya dengan tenaga buruh, memperkenalkan pembahagian tenaga kerja, menyokong pasaran terbuka, menyedari kesan dinamik permintaan dan bekalan keatas harga dan keuntungan, menolak cukai yang tinggi, menyokong perdagangan bebas dengan orang asing, dan percaya kepada kebebasan memilih bagi membenarkan rakyat bekerja keras untuk diri mereka sendiri.
Tambahan lagi, Ibn Khaldun terkenal kerana hasil kerjanya dalam sosiologi, astronomi, numerologi, kimia, dan sejarah. Secara berseorangan, Ibn Khaldun telah meletakkan titik mula bagi tradisi intelelek pemikiran bebas Islam dan Arab, kerajaan bertanggung jawab, pasaran efficent, penyiasatan sains empirikal, pengkajian sosialogi, dan penyelidikan sejarah.
"Sesiapa jua yang mengambil harta orang lain, atau menggunakannya untuk kerja paksa, atau membuat tuduhan yang tidak wajar hendaklah ingat bahawa ini adalah apa yang Pemberi Hukum maksudkan apabila melarang ketidakadilan."  - Ibn Khaldun
[Wikipedia , about.com , abc.net.au]

Friday, 27 July 2012

Daftar peristiwa penting dalam Sejarah Melayu

Sejarah Tanah Melayu yang mula-mula

2500 SM - Orang-orang Melayu Proto (Melayu Tua) tiba di Semenanjung Tanah Melayu.

300 SM - Orang-orang Melayu Deutro (Melayu Muda) tiba di Semenanjung Tanah Melayu.

100 - Hubungan perdagangan antara India dengan bahagian Barat Daya Tanah Melayu.

350 - Perkampungan yang keIndiaan di Kedah.

1292 - Pelayaran Marco Polo melalui Selat Melaka.



Kesultanan Melaka



1398/1400 - Melaka ditubuhkan oleh Parameswara.

1405 - Yin Ching iaitu laksamana Tionghoa dari Tiongkok (China) mengunjungi Melaka.

1411 - Parameswara mengunjungi Tiongkok bersama-sama dengan Laksamana Cheng Ho.

1414 - Parameswara memeluk agama Islam.

1445 - Agama Islam menjadi agama rasmi di Melaka.

1470 - Melaka menjadi negeri yang paling perkasa di Asia Tenggara.

1498 - Tun Perak meninggal dunia.

1509 - Tibanya orang-orang Portugis yang pertama di bawah pimpinan Lopez De Sequeira.

1511 - Jatuhnya Melaka ke tangan Portugis yang dipimpin oleh Alfonso de Albuquerque



Abad yang ke 16

1526 - Bintan ibukota Johor dimusnahkan oleh Portugis

1539 - Johor dan sekutu-sekutunya mengalahkan Acheh.

1547 - Wali (St) Francis di Melaka / serangan orang-orang Acheh.

1564 - Johor lama diserang oleh orang-orang Acheh

1575 - Penaklukan Perak oleh orang-orang Acheh

1587 - Pemusnahan Johor Lama oleh Portugis

1595/96 - Kedatangan Belanda ke Asia Tenggara



Abad yang ke 17

1606 - Angkatan laut Portugis dikalahkan oleh Belanda di luar pantai Johor.

1606 - Serangan bersama Johor-Belanda ke atas Melaka.

1629 - Serangan Acheh ke atas Melaka / Mahkota Alam

1639 - Perjanjian Belanda dengan Johor

1641 - Melaka ditawan oleh belanda

1670 - Belanda mendirikan benteng di Pulau Pangkor

1673 - Batu Sawar, ibukota Johor dimusnahkan oleh Jambi. Ibukota Johor dipindahkan ke Riau

1680 - Bermulanya pendudukan Bugis di Selangor

1699 - Pembunuhan Sultan Mahmud mengakhiri keturunan langsung dari Melaka bagi raja-raja Johor.



Abad yang ke 18

1717/18 - Jatuhnya kemerajaan Johor kepada Raja Kechil dari Siak

1721/22 - Tentera upahan bangsa Bugis digunakan untuk mengalahkan Raja Kechil

1722 - Daeng Merewah merupakan orang Bugis yang mula-mula menjadi Yam Tuan Muda Johor.

1742 - Terdirinya Kesultanan Bugis di Selangor

1771 - British / Inggeris ditawarkan sebuah pos perdagangan di Kedah

1777 - Raja Haji menjadi Yam Tuan Muda Johor

1784 - Bugis menyerang Melaka (Raja Haji)

1786 - Pengambilan Pulau Pinang oleh Inggeris (Kapten Sir Francis Light)

1791 - Percubaan Sultan Kedah untuk menyerang Pulau Pinang

1799 - Melaka ditawan oleh Inggeris daripada Belanda

1800 - Pengambilan Seberang Perai oleh Pulau Pinang



Abad yang ke 19

1811 - Serangan oleh Inggeris dan tertawannya Johor

1817 - Sir Stamford Raffles menjadi Leftenan Jeneral di Bangkahulu

1819 - Penubuhan Singapura oleh Raffles

1821 - Serangan Siam (Thailand) ke atas Kedah

1824 - Perjanjian Inggeris-Belanda di London

1826 - Perjanjian Inggeris-Siam di Bangkok

1826 - Perjanjian Low dengan Perak

1831/32 - Perang Naning di Melaka

1842 - Siam memisahkan Perlis dari Kedah

1850 - Bijih timah ditemui di Larut (Long Jaafar)

1858 - Bermulanya perlombongan bijih timah di sekitar Kuala Lumpur

1862 - Kuala Terengganu dibedil oleh Inggeris

1862 - Meletusnya Perang Larut di Perak

1866 - Bermulanya Perang saudara di Selangor

1867 - Pengawasan terhadap Negeri-negeri Selat dipindahkan dari India ke pejabat Kolonial

1874 - Perjanjian Pangkor - campurtangan Inggeris di negeri-negeri Melayu

1875 - Residen-residen Inggeris dilantik untuk Perak dan Selangor

1876 - Semaian-semaian getah yang pertama ditanam di Singapura.

1885 - Keretapi yang mula-mula - Taiping ke Port Weld

1887 - Kilang pelebur bijih timah yang mula-mula didirikan di Singapura

1889 - Residen Inggeris dilantik untuk Pahang

1896 - Berdirinya Negeri-negeri Melayu Bersekutu

1897 - Persidangan Raja-Raja yang pertama di Kuala Kangsar

1897 - Perjanjian Inggeris-Siam



Abad yang ke 20

1904 - Tanah Melayu menghasilkan 50% dari bijih timah dunia.

1909 - Perjanjian Inggeris-Siam - Penasihat Inggeris untuk Kelantan, Kedah, Terengganu dan Perlis.

1909 - Berdirinya Dewan Federal di Negeri-negeri Melayu Bersekutu

1914 - Penasihat Jeneral Inggeris di Johor

1920 - Tanah Melayu menghasilkan 53% dari getah dunia

1923 - Tambak yang menyambungkan Johor dan Singapura dibina.

1929 - Kemerosotan besar

1936 - Pemogokan-pemogokan yang dilihami oleh komunis di Singapura

1937 - Serangan Jepun ke atas Tiongkok

1939 - Meletusnya perang di Eropah.

1941 - Tentera Jepun mendarat di Kota Bharu

1942 - Jatuhnya Singapura kepada Jepun

1943 - Pembentukan Angkatan 136

1945 - Kalahnya Jepun dan tamatnya Perang Dunia Kedua

1946 - Negara Kesatuan Malaya - pembentukan UMNO

1948 - Berdirinya Persekutuan Tanah Melayu

1948 - Bermulanya darurat

1949 - Tertubuhnya MCA

1951 - Perlantikan Jeneral Templer sebagai Pesuruhjaya Tinggi di Tanah Melayu

1955 - Pemilihan Umum Federal yang pertama - Tunku Abdul Rahman menjadi Ketua Menteri






Rujukan

1 - Sejarah Semenanjong Tanah Melayu - N.J. Ryan, Oxford University Press

Wednesday, 25 July 2012

Senibina kaum Tsamud 3,000 tahun yang lalu


Bangunan-bangunan yang dipahat pada batu-batu besar ini dibuat oleh kaum Tsamud, ummat Nabi Shalih, sebagaimana dikisahkan dalam Al-Quran: "Dan kepada kaum Tsamud (Kami telah mengutus) saudara mereka, Shalih. Ia berkata, “Hai kaumku, sembahlah Allah, tidak ada Tuhan bagi kalian selain-Nya... Kalian dirikan istana-istana di tanah-tanahnya yang datar dan kalian pahat gunung-gunungnya untuk dijadikan rumah; maka ingatlah nikmat-nikmat Allah dan janganlah kalian merajalela di muka bumi membuat kerosakan.” (Surat Al-A’raaf ayat 73-74).

Senibina kaum Tsamud 3,000 tahun yang lalu

Pahatan ukiran dan ornamennya sangat halus, indah dan menakjubkan.Wilayah kekuasaan kaum Tsamud membentang hingga ke kawasan Petra (Jordan). Bezanya, Petra sudah dijadikan komoditi pelancongan utama Jordan selain Laut Mati.

Senibina kaum Tsamud 3,000 tahun yang lalu

Sementara Mada’en Shaleh (perkampungan Nabi Shaleh), terletak di sebelah utara daratan Arab Saudi, 380 km dari kota suci Madinah Al-Munawwarah.  Ia masih menjadi perdebatan antara kepentingan  pelancongan Saudi yang mulai mengangkat Mada'en Saleh sebagai komoditi pelancongan, dengan para ulama yang berpendapat bahawa tempat tersebut adalah tapak peninggalan 'kaum terlaknat', sehingga umat Islam diharamkan untuk menziarahinya.
Pada ayat lain kaum Tsamud disebut sebagai Ashabul-Hijri (penduduk kota Al-Hijr iaitu kawasan pergunungan yang terletak antara Madinah dan Syria):  "Dan sesungguhnya penduduk (kota) Al-Hijr telah mendustakan para rasul, dan Kami telah mendatangkan kepada mereka (tanda-tanda) kekuasaan Kami, tetapi mereka selalu berpaling darinya. Dan mereka memahat rumah-rumah dari gunung batu (yang didiami) dengan aman." (Surat Al-Hijr ayat 80-82).

Senibina kaum Tsamud 3,000 tahun yang lalu
Kaum Tsamud adalah kaum yang mengingkari ajaran Nabi Shalih. Mereka mensyirikkan Allah dengan menyembah berhala, bahkan mereka menyembelih unta betina yang merupakan mu’jizat Nabi Shalih, lalu mencabar kedatangan azab buat mereka.
Cabaran itu dijawab Allah dengan menimpakan bencana gempa bumi ke atas mereka. “Kerana itu mereka ditimpa gempa, maka jadilah mereka mayat-mayat yang bergelimpangan di tempat tinggal mereka.” (Surat Al-A’raaf ayat 78).

Senibina kaum Tsamud 3,000 tahun yang lalu
Pada ayat lain dikatakan, Allah juga mengirimkan bencana petir yang dahsyat:  "Dan adapun kaum Tsamud maka mereka telah Kami beri petunjuk tetapi mereka lebih menyukai buta (kesesatan) dari petunjuk itu, maka mereka disambar petir azab yang menghinakan disebabkan apa yang telah mereka kerjakan." (Surat Fushilat ayat 17)

Senibina kaum Tsamud 3,000 tahun yang lalu

Senibina kaum Tsamud 3,000 tahun yang lalu

Betapa gahnya senibina dan pertukangan kaum Tsamud walaupun masanya adalah 3,000 tahun yang lampau. Tetapi sayang, kehebatan itu hanya dijuruskan kepada duniawi semata-mata, tanpa menumpukan kepada kerohanian dan keTuhanan.

Bagaimana dengan negara kita sekarang ini jika mahu bandingkan dari segi kehebatan senibina? Adakah kita mahu mengejar kemajuan dan di dalam masa yang sama mengabaikan kerohanian umat dan menolak Hukum Allah dan terus menjalankan Hukum buatan manusia iaitu Hukum British?


Rujukan:
1 - http://www.harunyahya.com/indo/artikel/053.htm
2 - http://penulis165.esq-news.com/perjalanan/2010/08/31/madaen-shaleh-situs-peninggalan-kaum-tsamud-bagian-1.htm

Sunday, 22 July 2012

Utsman bin Affan, Muhajir pertama sejak kedatangan Nabi Muhammad


Rasulullah s.a.w memerintahkan Utsman bin Affan r.a untuk berhijrah bersama isterinya ke Habsyah (Ethiopia), lalu dia pun melakukannya. Maka Rasulullah s.a.w menyebutnya sebagai orang yang pertama melakukan hijrah.

Dari Anas, dia berkata, "Yang pertama melakukan hijrah dari kaum Muslimin ke Habsyah dengan keluarganya adalah Utsman bin Affan, kemudian Nabi s.a.w bersabda," Allah menyertai kedua-duanya, bahawasanya Utsman yang pertama melakukan hijrah kepada Allah dengan keluarganya setelah Nabi Luth." (Hadith Riwayat At-Thabrani).

Hijrahnya Uthman bin Affan kepada Allah ini bukanlah sekadar hijrah dengan berpindah dari satu tempat ke tempat lain, kerana hijrah yang sesungguhnya dia lakukan ialah ketika dia masuk Islam. Dia berhijrah dari lingkungan kesenangan dan kekayaan yang melimpah dan kedudukan yang sangat tinggi di kalangan kaum Quraisy lalu berhijrah kepada Allah dengan meninggalkan semua itu.

Hal ini dia lakukan bukan pada saat Islam sudah menjadi agama yang sangat besar, tetapi ketika umat Islam masih sedikit dan dalam keadaan kesulitan dan mendapat penganiayaan.

Selain sifatnya yang muhajir ini, ada satu sifat yang sangat menonjol dari Utsman bin Affan yang tidak dimiliki oleh sahabat-sahabat lain; dia seorang yang sangat pemalu. Rasulullah s.a.w bersabda, "yang paling pengasih di antara umatku adalah Abu Bakar, yang paling keras dalam agama Allah adalah Umar, dan yang paling pemalu adalah Utsman ..." (HR At-Tirmidzi).

Ada satu kejadian yang berkaitan dengan sifat malunya Utsman bin Affan ini. Dari Aisyah, dia berkata, "Rasulullah s.a.w sedang berbaring di rumahku sedangkan bajunya tersingkap sehingga peha atau betisnya terbuka, kemudian datang Abu Bakar r.a minta izin untuk menemuinya, lalu dia pun diberi kebenaran, sedangkan Rasulullah s.a.w dalam keadaan demikian (dengan kaki yang terbuka). Lalu mereka bercakap-cakap. Setelah itu kemudian datang Umar r.a minta izin untuk menemuinya, lalu dia pun diberi kebenaran, sedangkan Rasulullah s.a.w masih dengan keadaan demikian, lalu mereka pun bercakap-cakap. Kemudian datanglah Uthman bin Affan meminta izin untuk menemuinya, lalu Rasulullah s.a.w duduk dan merapikan bajunya. Ketika dia sudah pergi, Aisyah berkata, "Telah datang kepada kamu Abu Bakar dan engkau tidak merapikan, kemudian datang Umar dan engkau tidak merapikan, kemudian datang Uthman lalu engkau duduk dan merapikan pakaian." Rasulullah s.a.w bersabda, "Bukankah aku merasa malu terhadap orang yang malaikat pun malu terhadapnya." (Hadith Riwayat Muslim).

Uthman bin Affan bin Abul Ash lahir dari keluarga yang kaya dan berpengaruh dari suku Quraisy silsilah Bani Umayyah. Usianya lebih muda lima tahun dari Rasulullah s.a.w. Dia mendapat pendidikan yang baik, belajar membaca dan menulis pada usia awal. Di masa mudanya, dia telah menjadi seorang peniaga yang kaya dan dermawan.

Utsman berasal dari strata sosial dan ekonomi tinggi yang pertama-tama memeluk Islam. Dia mempunyai keperibadian yang baik. Bahkan sebelum memeluk Islam, Utsman terkenal dengan kejujuran dan integritinya.

Keperibadian Utsman benar-benar merupakan gambaran dari akhlak yang baik menurut Islam (akhlakul karimah). Dia jujur, dermawan, dan baik hati. Rasulullah s.a.w mencintai Utsman kerana akhlaknya. Mungkin itulah sebab mengapa beliau membenarkan dua anaknya untuk menjadi isteri Utsman. Yang pertama adalah Ruqayyah. Dia meninggal selepas Perang Badar.

Rasulullah s.a.w sangat tersentuh akan kesedihan yang dialami Utsman sepeninggalan Ruqayyah dan menasihatinya untuk menikahi seorang lagi anak perempuan beliau, Ummu Kaltsum. Kerana kehormatan besar dapat menikahi dua anak perempuan Rasulullah, Uthman terkenal dengan sebutan Dzun Nur'ain atau Pemilik Cahaya Mata atau Pemilik Dua Cahaya.

Friday, 20 July 2012

Mengapa Rasulullah s.a.w sentiasa sihat dalam hidupnya?


islamic wallpaper
Selama ini kita mengenali dua bentuk rawatan. Rawatan sebelum dijangkiti penyakit / pencegahan (At-thib Al-wiqo`i), dan rawatan selepas dijangkiti penyakit (at-thib al-`ilaji).

Dengan mencontohi pola makan Rasulullah S.a.w, kita sebenarnya sedang menjalani terapi pencegahan penyakit dengan makanan. (Attadawi bil ghidza`). Ini tentu jauh lebih baik daripada kita harus "berhubungan" dengan ubat-ubat kimia.

Dalam setiap aktiviti dan pola hidupnya, Rasulullah S.a.w memang sudah disiapkan untuk menjadi contoh teladan bagi semua manusia, termasuk dalam hal pola makan. Ini bukan perkara remeh. Sebab salah satu faktor penting penunjang fizikal utama Rasulullah adalah kecerdasan beliau dalam memilih menu makanan dan mengatur pola konsumsinya.

Perkara pertama yang menjadi menu seharian Rasulullah S.a.w adalah udara segar di subuh hari. Sudah umum di ketahui bahawa udara pagi kaya dengan oksigen dan belum dikotori oleh bahan-bahan lain. Ini ternyata sangat besar pengaruhnya terhadap vitaliti seseorang dalam aktivitinya selama sehari penuh. Maka tidak usah hairan ketika kita tidak bangun di subuh hari, kita menjadi terasa begitu malas untuk beraktiviti. Selanjutnya Rasulullah menggunakan siwak untuk menjaga kesihatan mulut dan gigi.

Lepas dari subuh, Rasulullah S.a.w membuka menu sarapannya dengan segelas air yang dicampur dengan sesudu madu asli. Khasiatnya luar biasa. Dalam Al qur`an, kata "syifa" / kesembuhan, yang dihasilkan oleh madu, diungkapkan dengan isim nakiroh, yang bererti nama am, atau menyeluruh. Di tinjau dari ilmu kesihatan, madu berfungsi membersihkan perut, mengaktifkan usus-usus, menyembuhkan sembelit, buasir dan keradangan. Dalam istilah orang arab, madu dikenali dengan "al-hafidz al-amin", kerana boleh menyembuhkan luka bakar.

Masuk waktu dhuha, Rasulullah S.a.w selalu makan tujuh butir kurma ajwa` / matang. Sa’ad r.a mendengar Rasulullah bersabda, "Barang siapa memakan tujuh butir kurma ajwah di pagi hari, maka racun dan sihir tidak akan membahayakannya pada hari itu." (Hadits riwayat Bukhari). Dan ini terbukti apabila seorang wanita Yahudi menaruh racun dalam makanan Rasulullah dalam sebuah percubaan pembunuhan di Perang Khaibar, racun yang ditelan oleh baginda kemudian boleh dineutralkan oleh bahan-bahan yang terkandung dalam kurma. Bisyir ibnu al-Bara ', salah seorang sahabat yang ikut makan racun tersebut, akhirnya meninggal. Tetapi Rasulullah selamat. Apa rahsianya? Tujuh butir kurma!

Dalam sebuah kajian di Mesir, penyakit kanser ternyata tidak tersebar ke kawasan-kawasan yang penduduknya banyak mengambil kurma. Kebelakangan ini terbukti bahawa kurma mempunyai zat-zat yang boleh mematikan sel-sel kanser. Maka tidak perlu hairan jikalau Allah menyuruh Maryam r.a, untuk makan kurma disaat kehamilannya. Sebab memang itu bagus untuk kesihatan janin.

Rasulullah S.a.w selalu berbuka puasa dengan segelas susu dan kurma, kemudian solat maghrib. Kedua-dua jenis makanan itu kaya dengan glukosa, sehingga langsung menggantikan zat-zat gula yang kering setelah seharian berpuasa. Glukosa itu sudah cukup mengenyangkan, sehingga setelah solat maghrib, tidak akan berlebihan apabila bermaksud untuk makan lagi.

Menjelang petang hari, menu Rasulullah selanjutnya adalah cuka dan minyak zaitun. Tentu saja bukan hanya cuka dan minyak zaitunnya sahaja, tetapi di pengambilan dengan makanan pokok, seperti roti misalnya. Manfaatnya banyak sekali, antaranya mencegah lemah tulang dan kenyanyukan di hari tua, melancarkan sembelit, menghancurkan kolesterol dan melancarkan pencernaan. Ia juga berfungsi untuk mencegah kanser dan menjaga suhu tubuh di musim sejuk.

Ada kisah menarik berkaitan dengan buah tin dan zaitun, yang Allah bersumpah dengan kedua-duanya. Dalam alquran, kata "at-thin" hanya ada satu kali, sedangkan kata "az-zaytun" di ulang sampai tujuh kali. Seorang ahli kemudian melakukan kajian, yang kesimpulannya, jika bahan-bahan yang terkandung dalam tin dan zaitun berkumpul dalam tubuh manusia dengan perbandingan 1:7, maka akan menghasilkan "ahsani taqwim", atau tubuh yang sempurna, seperti yang dinyatakan dalam Surah at-thin. Subhanallah!

Syeikh Ahmad Yasin adalah salah seorang yang secara rutin mengambil jenis makanan ini, sehingga wajarlah beliau tetap sihat, kuat dan begitu menggerunkan para Yahudi, walaupun lumpuh sejak kecil. Kalau saja beliau tidak lumpuh, barangkali sudah habis para Yahudi Israel itu.

Di malam hari, menu utama Rasulullah adalah sayur-sayuran. Beberapa riwayat mengatakan, baginda selalu mengambil sana al makki dan sanut. Anda kenal nama tersebut? Di mesir, kata Dr. Musthofa, kedua-duanya serupa dengan sabbath dan ba`dunis. Masih tidak kenal juga? Dr. Musthofa kemudian menjelaskan, secara umum sayur-sayuran mempunyai kandungan zat dan fungsi yang sama, iaitu memperkuat daya tahan tubuh dan melindunginya daripada serangan penyakit. Jadi, asalkan namanya sayur-sayuran, sepanjang ianya halal, Insya Allah berkhasiat tinggi. Maka, para penggemar kangkung dan bayam tidak usah panik. Para peniaga tauge juga tidak perlu pindah haluan.

Disamping menu wajib di atas, ada beberapa jenis makanan yang disukai Rasulullah tetapi beliau tidak rutin mengambilnya. Diantaranya tsarid, iaitu campuran antara roti dan daging dengan kuah air masak. Kemudian beliau juga senang makan buah Yaqthin atau labu manis, yang terbukti boleh mencegah penyakit gula. Kemudian beliau juga senang makan anggur dan hilbah.

Sekarang masuk pada tata cara mengambilnya. Ini tidak kurang pentingnya dengan pemilihan menu. Sebab setinggi apa pun gizinya, kalau pola konsumsinya tidak teratur, akan buruk juga akibatnya. Yang paling penting adalah mengelakkan isrof, atau berlebihan. Kata Rasulullah, "cukuplah bagi manusia itu beberapa suap makanan, kalaupun harus makan, maka satu pertiga untuk makanannya, satu pertiga untuk air minumnya dan sepertiga lagi untuk nafasnya" (al hadis). Ketika seseorang terlalu banyak makanannya, maka perutnya akan penuh dan pernafasannya tidak bagus, sehingga zat-zat yang terkandung dalam makanan tersebut menjadi tidak berfungsi dengan baik. Imbasnya, keadaan fizikal menjadi tidak prima, dan aktiviti pun tidak akan maksima.

Dr. Musthofa menekankan bahawa as-syab`u, yang bererti kenyang itu bukan al-imtila`, atau memenuhi. Tetapi kenyang adalah mencukupinya tubuh dengan bahan-bahan yang diperlukan, sesuai dengan perkadaran dan ukurannya. Jadi ini penting, jangan kekenyangan!

Rasulullah juga melarang untuk idkhol at-thoam ala at-thoam, atau makan lagi sesudah kenyang. Suatu hari, di masa selepas wafatnya Rasulullah, para sahabat melawat Aisyah r.a. Waktu itu daulah islamiyah sudah sedemikian luas dan makmur. Lalu, sambil menunggu Aisyah r.a, para sahabat, yang sudah menjadi orang-orang kaya, saling bercerita tentang menu makanan mereka yang meningkat dan bermacam-macam. Aisyah r.a, yang mendengar hal itu tiba-tiba menangis. "Apa yang membuatmu menangis, wahai bonda?" Tanya para sahabat. Aisyah r.a lalu menjawab, "dahulu Rasulullah tidak pernah mengenyangkan perutnya dengan dua jenis makanan. Ketika sudah kenyang dengan roti, beliau tidak akan makan kurma, dan ketika sudah kenyang dengan kurma, baginda tidak akan makan roti ".

Dan penelitian membuktikan bahawa berkumpulnya berjenis-jenis makanan dalam perut telah melahirkan bermacam-macam penyakit. Maka sebaiknya jangan mudah tergoda untuk makan lagi, kalau sudah yakin bahawa anda sudah kenyang.

Rasulullah tidak makan dua jenis makanan panas atau dua jenis makanan yang sejuk secara serentak. Beliau juga tidak makan ikan dan daging dalam satu-satu masa dan juga tidak terus tidur selepas makan malam, kerana tidak baik bagi jantung. Beliau juga meminimumkan dalam mengambil daging, sebab terlalu banyak daging akan mengakibatkan buruk pada sendi dan buah pinggang. Mesej Umar r.a "Jangan kau jadikan perutmu sebagai kuburan bagi haiwan-haiwan ternakan!". Ayam, kambing, lembu, kerbau semuanya masuk.

Masih banyak pola hidup sihat ala Rasulullah S.a.w yang boleh kita pelajari. Kali ini, Dr. Musthofa memang khusus membincangkan menu makan dan cara mengambilnya. Dari sini kita boleh tahu bahawa ternyata Rasulullah sangat memerhatikan masalah gizi dan menu makanan. Dan di tengah kaburnya semangat untuk mengikuti sunnah Rasul, ini boleh menjadi semangat untuk memulakan menghidupkannya kembali. Apalagi menu-menu tersebut terbukti boleh dipertanggungjawabkan secara kesihatan.

[Disarikan dari Ceramah Umum "ghidza` unnabi" oleh Prof. Dr. Musthofa Romadhon di Wisma Nusantara, Kaherah, Mesir) tulisan ini ditulis oleh Muhammad As'ad Mahmud, Lc. - lintasberita.com]


Tiada daya dan tiada kekuatan melainkan dari Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Mulia .......